ENTER-SLIDE-1-TITLE-HERE

ENTER-SLIDE-2-TITLE-HERE

ENTER-SLIDE-3-TITLE-HERE

ENTER-SLIDE-4-TITLE-HERE

Saturday 23 February 2013

Posted by Unknown On 09:36
Assalamualaikum.....

Tak tahu nak mula mcm mane ... emmm...ok aku nak bagi tau tujuan blog nie dibangunkan ...blog nie dibangunkan bertujuan untuk menceritakan setiap detik dan pengalaman sepanjang praktikum sebagai guru...sepatutnya blog nie aku buat awal praktikum lagi tp  aku xmula-mula gak..hari nie setelah 2 minggu aku praktikum baru la nk mulakan..

ok..mula-mula nak tunjuk sekolah yang aku buat praktikum


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA PULAI TEMERLOH
Jalan Maran, 
28000 Temerloh

aku praktikal dengan kawan dari UNISZA jugak kak zee..atau Raziah binti Zainal Abidin..akak yang comel..hee..kami 1 Universiti sama-sama DPLI tp kami di pecahkan sejak dari sem 1 kepada 2 kumpulan..rasanya dari sem 1 xpenah sembang ngan kak zee..kalau penah pn just tegur2 mcm tu je..hee..bukan sombong..tp xsempat...sepanjang belajar kt UNISZA rasanya masa terhad sangat..asal cuti je masing2 cabut balik uamh masing2.. sekarang kami akan menjadi kawan baik dan akan berkongsi macam-macam cerita....


04-02-2013 (Isnin)

Tarikh nie merupakan hari pertama aku masuk Sekolah...sangat nervous...mujur la dapat buat berdua praktikal nie..xde la aku mcm orang bodo kt sekolah...
Aku terpaksa berulang dari sekolak dari rumah mak abah kt Jengka..perjalanan aku ke sekolah sejauh 38km..sebelum nie aku dah try set masa berapa lama aku perjalanan aku...so setelah dikira2 perjalanan ambik masa 30 minit untuk pergerakan kereta 100km/j..huhu..agak mengerikan..
hari pertama nie aku gerak dari rumah kul 6.45am...on the way kereta xbanyak sangat tp ade la 2-3 bijik lori..tp sebabkan semua kereta n lori tu lembab aku terpaksa memecut untuk aku tidak terlewat ke sekolah...SMK Paya Pulai menggunakan sistem punch card..Pn. Pengetua dah pesan kene sampai sekolah sebelum kul 7.30..
Sampai kt sekolah, dah puch kedatangan kami berjumpa dengan GPK 1, Cikgu Latif  untuk perkenalkan diri kami..kami diberikan jadual kelas sekali...huh..bermula la detik-detik sebagai seorang guru..
Aku n K.Zee join perhimpunan rasmi sekolah...menyanyi lagu Negaraku, Negeri Pahang dan lagu Sekolah..membuatkan aku teringat suasana masa GSTT...
Dalm perhimpunan rasmi tu Cikgu Latif memperkenalkan kami pada pelajar dan guru-guru lain..






Friday 18 January 2013

Posted by Unknown On 21:26

Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya

Definisi Set Induksi

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.

Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa “set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya”. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
 Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:

i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.



Objektif-objektif Set Induksi 

Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:

i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
 Komponen-komponen Set Induksi.
Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.

i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

iv) Menstruktur
 
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.
 


Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.
 Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:

i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

Friday 21 December 2012

Posted by Unknown On 00:53

My Family